Salah satu cara untuk menambah pelawat ke blog anda adalah dengan cara bertukar “link”. Sekiranya bertukar link dengan blog yang mempunyai “ranking” yang tinggi secara automatik ia akan memberi kesan kepada ranking blog anda jugak. Bagaimanapun ini hanya membantu untuk blog yang baru dan yang mempunyai ranking yang rendah sahaja, tidak kepada blog yang mempunya ranking tertingi. Oleh sebab itu, kebanyakan blog yang mempunyai ranking yang tinggi kurang bertukar link kecuali sesetengah blog yang mempunyai niat membantu blog-blog yang baru ini.
Untuk menjadikan tukar link ini lebih menarik anda boleh mencipta “button” untuk blog anda sendiri. Ini supaya blogger yang hendak menukar link dengan anda boleh memasukkan “button” anda ke dalam blog mereka. Terdapat banyak laman web untuk mencipta sendiri “button’ anda sekarang ini. Anda Cuma perlu memilih mana yang sesuai untuk blog anda. Di bawah adalah contoh “button” yang saya buat untuk blog saya.

Sekiranya, anda hendak bertukar “link” dengan saya, anda boleh memasukkan “button" saya ini ke dalam blog anda. Cuma perlu salin HTML kod di bawah dan masukkan ke dalam blog anda. Setelah itu anda, beritahu “url blog” anda di bahagian komen kepada saya untuk saya memasukkan link anda ke blog saya.
HTML KOD :
<center><a alt="Perkongsian Pengetahuan & Pendapat" href="http://perkongsian-2p.blogspot.com/"/><img border="0" src="http://i302.photobucket.com/albums/nn85/perkongsian2p/button/111.jpg"
/></a></center>
Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada saling bertukar link ini. Bukan sahaja untuk menambah pelawat ke blog anda, tetapi juga menjalinkan silaturrahim sesama blogger.















1 comment:
Salam perkenalan. Bagus idea ni, sama-sama kita berkongsi perkara-perkara yang baik. Kalau awak minat bisnes boleh jengok blog saya, ada la sikit-sikit yang boleh saya kongsi sekadarnya
http;//www,jutawansenyap12.blogspot.com
Kalau nak dapatkan cara pendapatan internet bole ke
http;//www.gajisendiri.com/index.php?ref=haikal
Post a Comment