KUALA TERENGGANU 13 Mei - Rakyat Malaysia disaran memakan keledek dan ubi kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji.
Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, pengambilan ubi-ubi berkenaan sebagai pengganti beras sesuai dengan trend makanan masyarakat sekarang.
"Kanak-kanak sekarang juga menggemari kentang goreng serta pelbagai produk daripada ubi termasuk kerepek ubi yang dapat membantu mengubah trend makanan rakyat negara ini.
"Di Jepun, harga keledek sangat mahal kerana penduduk negara itu lebih menggemari makanan tersebut berbanding nasi," katanya pada sesi pertama forum umum bertajuk Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat: Langkah Semasa dan Masa Depan di sini hari ini.
Felo Kanan ISIS, Dr. Larry Chee Yoong Wong turut menjadi panel dalam sesi pertama forum sehari yang dipengerusikan oleh Pengerusi ISIS, Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan.
Dr. Mahani memberitahu, penukaran makanan ruji itu akan membantu rakyat terutama penduduk berpendapatan rendah daripada mengalami beban ekoran kenaikan harga beras di pasaran.
Dr. Larry turut menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Dr. Mahani itu.
Beliau berkata, keledek yang terdiri daripada pelbagai warna mempunyai berbagai-bagai khasiat yang baik untuk kesihatan.
"Berdasarkan kajian pakar, keledek mempunyai pelbagai vitamin dan khasiat seperti beta-karotena yang baik untuk kesihatan.
"Justeru, pilihan keledek dan kentang sebagai pengganti nasi dilihat keputusan yang baik," katanya.
Artikel di atas di petik dari Utusan Malaysia 14hb mei, ini menunjukkan betapa kritikalnya masalah beras di dunia sekarang. Sebagai individu apakah yg telah kita lakukan untuk membendung semua ini.
Saya sedih apabila melihat segelintir rakyat Malaysia masih membazir makanan walaupun krisis ini melanda. Contohnya kalau kita pergi ke restoran-restoran yang terdapat di Malaysia ini terlalu banyak pembaziran yg berlaku. Bayangkanlah kalau setiap orang dari penduduk Malaysia ni membazir 1gram nasi pun kalau dijumlahkan semua ia cukup untuk memberi bantuan kepada negara-negara yang rakyatnya kebuluran.
Kita perlu renungkan semua ini dan tindakan perlu diambil oleh setiap individu bagi mengatasi masalah ini. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membazir.
Wednesday, May 14, 2008
Makan Keledek, Ubi Kentang Ganti Nasi
Labels:
ISU SEMASA,
MAKANAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
















No comments:
Post a Comment