Thursday, May 15, 2008

Tukar “Link” Sesama Blogger

Salah satu cara untuk menambah pelawat ke blog anda adalah dengan cara bertukar “link”. Sekiranya bertukar link dengan blog yang mempunyai “ranking” yang tinggi secara automatik ia akan memberi kesan kepada ranking blog anda jugak. Bagaimanapun ini hanya membantu untuk blog yang baru dan yang mempunyai ranking yang rendah sahaja, tidak kepada blog yang mempunya ranking tertingi. Oleh sebab itu, kebanyakan blog yang mempunyai ranking yang tinggi kurang bertukar link kecuali sesetengah blog yang mempunyai niat membantu blog-blog yang baru ini.

Untuk menjadikan tukar link ini lebih menarik anda boleh mencipta “button” untuk blog anda sendiri. Ini supaya blogger yang hendak menukar link dengan anda boleh memasukkan “button” anda ke dalam blog mereka. Terdapat banyak laman web untuk mencipta sendiri “button’ anda sekarang ini. Anda Cuma perlu memilih mana yang sesuai untuk blog anda. Di bawah adalah contoh “button” yang saya buat untuk blog saya.


Sekiranya, anda hendak bertukar “link” dengan saya, anda boleh memasukkan “button" saya ini ke dalam blog anda. Cuma perlu salin HTML kod di bawah dan masukkan ke dalam blog anda. Setelah itu anda, beritahu “url blog” anda di bahagian komen kepada saya untuk saya memasukkan link anda ke blog saya.

HTML KOD :

<center><a alt="Perkongsian Pengetahuan & Pendapat" href="http://perkongsian-2p.blogspot.com/"/><img border="0" src="http://i302.photobucket.com/albums/nn85/perkongsian2p/button/111.jpg"
/></a></center>


Semoga kita sama-sama dapat manfaat daripada saling bertukar link ini. Bukan sahaja untuk menambah pelawat ke blog anda, tetapi juga menjalinkan silaturrahim sesama blogger.

Wednesday, May 14, 2008

Makan Keledek, Ubi Kentang Ganti Nasi

KUALA TERENGGANU 13 Mei - Rakyat Malaysia disaran memakan keledek dan ubi kentang bagi menggantikan nasi sebagai makanan ruji.

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, pengambilan ubi-ubi berkenaan sebagai pengganti beras sesuai dengan trend makanan masyarakat sekarang.


"Kanak-kanak sekarang juga menggemari kentang goreng serta pelbagai produk daripada ubi termasuk kerepek ubi yang dapat membantu mengubah trend makanan rakyat negara ini.
"Di Jepun, harga keledek sangat mahal kerana penduduk negara itu lebih menggemari makanan tersebut berbanding nasi," katanya pada sesi pertama forum umum bertajuk Peningkatan Harga dan Kebajikan Rakyat: Langkah Semasa dan Masa Depan di sini hari ini.
Felo Kanan ISIS, Dr. Larry Chee Yoong Wong turut menjadi panel dalam sesi pertama forum sehari yang dipengerusikan oleh Pengerusi ISIS, Datuk Seri Mohamed Jawhar Hassan.

Dr. Mahani memberitahu, penukaran makanan ruji itu akan membantu rakyat terutama penduduk berpendapatan rendah daripada mengalami beban ekoran kenaikan harga beras di pasaran.

Dr. Larry turut menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Dr. Mahani itu.
Beliau berkata, keledek yang terdiri daripada pelbagai warna mempunyai berbagai-bagai khasiat yang baik untuk kesihatan.

"Berdasarkan kajian pakar, keledek mempunyai pelbagai vitamin dan khasiat seperti beta-karotena yang baik untuk kesihatan.

"Justeru, pilihan keledek dan kentang sebagai pengganti nasi dilihat keputusan yang baik," katanya.


Artikel di atas di petik dari Utusan Malaysia 14hb mei, ini menunjukkan betapa kritikalnya masalah beras di dunia sekarang. Sebagai individu apakah yg telah kita lakukan untuk membendung semua ini.

Saya sedih apabila melihat segelintir rakyat Malaysia masih membazir makanan walaupun krisis ini melanda. Contohnya kalau kita pergi ke restoran-restoran yang terdapat di Malaysia ini terlalu banyak pembaziran yg berlaku. Bayangkanlah kalau setiap orang dari penduduk Malaysia ni membazir 1gram nasi pun kalau dijumlahkan semua ia cukup untuk memberi bantuan kepada negara-negara yang rakyatnya kebuluran.

Kita perlu renungkan semua ini dan tindakan perlu diambil oleh setiap individu bagi mengatasi masalah ini. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membazir.

Tuesday, May 13, 2008

9 Mimpi Rasullullah S.A.W

Apa yang dicoretkan di bawah ini, saya dapat dari seorang kawan melalui email. Rasanya lebih bermanfaat sekiranya dikongsi bersama-sama.

"Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Semoga apa yang dicoretkan di atas dapat dijadikan renungan dan panduan kita bersama insyaALLAH. Sesungguhnya setiap perbuatan baik kita didunia ini akan ada ganjaranya di akhirat kelak.